SMK Dato Abu Bakar Baginda


Program ini penting bagi menyediakan para pelajar dengan  keperluan industri 4.0. Seiring dengan inisiatif kerajaan, sekolah adalah platform terbaik untuk membudayakan inovasi digital yang memberi tumpuan kepada kemahiran abad ke 21 dan kemahiran teknologi digital. Melalui kelab digital maker yang telah ditubuhkan di sekolah, para pelajar didedahkan dengan keperluan pasaran kerja dan prospek kerjaya masa kini. Hal ini kerana, pada masa akan datang para belia perlu mencipta kerjaya mereka tersendiri dengan kemahiran yang ada. Pada masa yang sama mereka tidak lagi menunggu tawaran bekerja daripada kerajaan mahupun swasta setelah mereka tamat pengajian nanti.